BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Create your own banner at mybannermaker.com!

jelesssss????



bey saya said saya ni semburu nda betempat...yaaaaaaaiii!!orang cemburu pun nda bole ka???kapel mana nda pandai jeles  kannnn..sama mama pun bole jeles,ni kan lagi sama diaaa..so today let see da positif impact of being jelesss.. (adaptasi daripada sebuah blog) ^_^
BEY TAKE NOTE!
Kebaikan Cemburu!~

1) Dapat meningkatkan kejayaan dan keyakinan diri.
- Jika seseorang itu mempunyai sikap cemburu terhadap kejayaan insan lain, secara tidak langsung dia akan berusaha untuk berjaya sepertinya  juga. Dia akan cuba untuk mencapai tahap sebegitu. Contohnya, seorang pelajar yang selalu gagal dalam satu-satu subjek dan cemburu lihat rakannya berjaya dalam subjek tersebut, maka dengan adanya sikap cemburu terhadap kejayaan rakannya itu dia akan belajar bersungguh-sungguh untuk cemerlang dalam subjek tersebut.

2) Menggalakkan seseorang individu utk berfikiran POSITIF.

- Dengan adanya sikap cemburu, maka kita akan lebih berfikiran positif. Kita akan mula menganalisis segala kelemahan & kekuatan diri utk berjaya spt org lain. 

3) Dapat menunjukkan kasih sayang terhadap seseorang.

- Dengan adanya perasaan cemburu dalam diri seseorang maka ia akan dapat menunjukkan rasa kasih sayang  individu terbabit. Contohnya dalam sesebuah perhubungan yang tidak berlandaskan apa-apa, perasaan cemburu yang hadir dalam diri individu itu, akan menyedarkannya tentang rasa hati yang sebenar. 




4) Dapat memelihara kerukunan sesebuah perhubungan.
- Cemburu juga penting dalam sesebuah perhubungan. Contohnya dalam sesebuah hubungan perkahwinan yang mana cemburu itu perlu dimiliki oleh suami atau bapa selaku ketua keluarga demi menjamin keharmonian rumahtangga. Hal ini kerana keharmonian merupakan suatu anugerah yang tidak boleh dinilai dengan harga.Jadi dengan adanya cemburu dalam kita hidup berumahtangga nih secara tak langsung ia dapat memelihara kerukunan rumahtangga daripada sebarang cacat cela.

No comments:

Post a Comment

leave you comment here..TQ!